Aktiviti
Murid : "Pertandingan Rekacipta Struktur"
Pengenalan
Di dalam aktiviti ini, murid akan
membina model struktur binaan yang kukuh dan stabil. Aktiviti kinestatik ini
bukan sahaja menyeronokkan tetapi ia juga mencungkil idea dan kreativiti
pelajar dan menggalakkan pemikiran yang kritis dan kreatif.
Bahan yang diperlukan.
1. Straw minuman
2. Kertas surat khabar
3. Kertas pelbagai ketebalan seperti
kad manila, kadbod kotak dan kertas biasa
4. Pita Masking atau pita selofan
5. Gunting
Langkah-langkah Aktiviti
1. Murid melakarkan struktur binaan yang
hendak dibina. Murid juga perlu mempertimbangkan
faktor yang menyumbang kepada kekuatan dan kestabilan sesuatu struktur.
2. Murid membina struktur binaan dengan
menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan mengikut masa yang ditetapkan.
3. Selepas masa mencukupi, guru menguji
kekuatan dan kestabilan struktur yang dibina. Guru meletakkan pemberat yang standard
di atas setiap struktur yang diuji. Secara alternatifnya, guru boleh membuat
gumpalan bola kertas surat khabar untuk dilontarkan ke arah stuktur (seperti
permainan bowling).
4. Struktur binaan murid yang paling kuat
dan kukuh dikira sebagai pemenang.
5. Guru sebagai fasilitator semasa perbincangan
tentang setiap struktur dan seterusnya mengaitkannya kepada kekuatan dan
kestabilan sesuatu struktur binaan.
No comments:
Post a Comment