Tahukah anda?
Kereta lumba direka bentuk dengan
pusat graviti yang rendah untuk meninggikan kestabilannya. Ia juga direka untuk
mempunyai luas tapak yang besar supaya ia lebih stabil semasa memecut di dalam
litar.
Cubalah!
Struktur bagi bangunan, jambatan dan
terowong merupakan gabungan daripada bentuk-bentuk asas. Sebagai satu aktiviti
kajian lapangan, minta murid ambil gambar atau lakarkan struktur yang mereka
lihat dan cuba kenal pasti bentuk asas yang terdapat pada struktur binaan itu.
Sebagai contoh, Menara Kembar Petronas merupakan gabungan bentuk-bentuk asas
seperti kon (bahagian atas), silinder (struktur utama) dan kuboid (jambatan
udara).
No comments:
Post a Comment