DISEDIAKAN OLEH

HAMIDAH BT HASANAL BASHRI

NO. MATRIKS
D20112054187


SELAMAT DATANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Silalah layari blog saya dan berikan pandangan atau cadangan anda demi penambahbaikan blog saya.

Sekian, terima kasih.

Friday, 7 December 2012

RPH



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
MODEL PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK


 
Tarikh                            : 17.10.2012

Hari                               : Rabu

Kelas                            : 5 Delima

Masa                            : 12.00 – 1.00 petang

Subjek                          : Sains

Tema                             : Menyiasat Dunia Teknologi

Tajuk                              : Struktur Binaan

Sub Tajuk                      : Kekuatan dan kestabilan struktur binaan

Standard Kandungan  : Murid dibimbing untuk:
                                         5.2 Memahami kekuatan kestabilan struktur.

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk:
                                            5.2.6 Mereka cipta model yang kuat dan stabil
 
Objektif                       : 1. Murid dapat mereka cipta struktur jambatan yang kuat dan        
                  stabil.

Hasil Pembelajaran      : Selepas pengajaran, pelajar dapat:
  1.      Domain kognitif 
            i.   Mengenal pasti bentuk-bentuk asas dalam binaan.
           ii.   Mensintesis idea tentang bentuk untuk membina struktur     
                 jambatan yang kukuh dan stabil.
          iii.   Mengaplikasikan idea dalam mereka cipta struktur  jambatan.

        2.      Domain afektif
            i. Kerajinan dan bekerjasama

        3.      Domain psikomotor
           i. Mereka cipta struktur  jambatan yang kukuh dan stabil.

Bahan Bantu Belajar(BBB)  : Penyedut minuman, kad manila, pita selofan dan benang.

Pengisian Kurikulum             : Ilmu, Nilai dan EMK (Kemahiran berfikir, kreatif dan 
  Inovatif)  
                            
Kemahiran                              :  Mendengar, berkomunikasi dan menulis 

Strategi                                   : Pembelajaran Berasaskan Projek

Pengetahuan sedia ada       :  Murid telah mempelajari bentuk-bentuk bongkah dalam
                                                   mata pelajaran Matematik dan Kemahiran hidup.
  



AKTIVITI RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Fasa/Langkah
Isi Pelajaran/ Kandungan
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Catatan
1. Persediaan
Pemerhatian
Gambar bangunan dan jambatan
Guru mengedarkan gambar bangunan dan jambatan kepada murid
Guru bersoaljawab dengan murid.
1.      Apakah yang dapat kamu lihat dalam gambar tersebut?
2.      Apakah bentuk umum yang kamu lihat pada binaan?
3.      Mengapakah manusia membina bangunan dan jambatan dengan bentuk tertentu?

Pengetahuan Spesifik
Bentuk-bentuk asas binaan.
Pengetahuan Penyerapan
Matematik
Kemahiran Hidup
Kemahiran Spesifik
Kemahiran Proses Sains
Berkomunikasi
Pemerhatian
Membuat inferens
EMK
Kemahiran berfikir
Imaginasi
Membina model jambatan
Guru menyediakan straw kepada setiap kumpulan untuk membina model jambatan yang kuat dan stabil.
Soalan
1.      Bagaimanakah anda dapat membina model jambatan kuat dan stabil dengan menggunakan straw.
Pengetahuan Spesifik
Faktor yang mempengaruhi kekuatan dan kestabilan

Kemahiran Penggabungjalinan
Berkomunikasi
EMK
Kemahiran berfikir
Kreatif dan inovatif
Perkembangan

Melakar prototaip
Membina prototaip
Guru mengarahkan setiap kumpulan perlu membuat lakaran prototaip sebelum membina model sebenar.
Murid membina prototaip.





Pengetahuan penyerapan
Pendidikan Seni Visual
Kemahiran penggabungjalinan
Menulis
EMK
Kreatif dan inovatif
Nilai murni
Kerajinan
Kerjasama
Tindakan
Menguji model jambatan yang dibina
Wakil kumpulan menguji model jambatan yang dibina dihadapan kelas.
Murid membuat rumusan bahawa model yang kuat dan stabil boleh menampung beban yang banyak
Kemahiran Proses Sains
Mengeksperimen
Kemahiran Penggabungjalinan
Berkomunikasi


No comments:

Post a Comment

VIDEO PENGAJARAN MIKRO